1. Kebanyakan photograper mengutamakan
aperture f/2.8 pada lense yang ingin mereka miliki. saya maklum jika aperture
kecil lubang besar..tetapi saya ingin tahu apakah efek gambar pada bacaan
aperture f/2.8 adakah ia lebih terang atau lebih tajam dan apakah efek
gambar jika kita menggunakan lense yang mempunyai bacaan lense yang lebih
tinggi seperti f/3.5, f/4.5 adakah qualiti gambar berbeza dan apakah nasihat
anda....
terima kasih....
Jawapan:
Assalamualakum; Dengan memiliki f/2.8 membolehkan kerja pengambaran merakam
gambar dengan menggunakan flash pada jarak yang jauh. Namun dalam merakamkan
gambar landskap, f2.8 agak kurang memuaskan kerana kesannya akan memberikan
tone gambar yang kurang
menarik. Namun untuk kerja-kerja senifoto potrek agak baik menggunakan
f/2.8.
Pada teorinya f/2.8 tidak sesuai kerana akan memberikan kesan kabur pada
bahagian yang tidak
difokus. Namun ada jurufoto yang gemar menggunakan aperture besar agak
kesan kabur ada daya seninya.
Ini kerana kerja senifoto adalah kerja kreatif, oleh itu kreativiti seseorang
itu kita tidak boleh menilai
bahawa dia tidak mengikut teori. Oleh aperture kecil dan aperture besar
amat bergantung pada keadaan objek. Ada objke yang memerlukan aperture
besar umpamanya merakamkan potrek model yang memilki kesan pada mukanya.
Dengan menggunakan aperture besar akan memberikan imej kabur/soft